sangat pelik dan sangat2 lah pelik..ape motif tah diorang wt cmni..ingat lawa agaknya..dh mcm dajal tp xde mata ada r..BURUK2..dah tuhan jadikan secantik2 manusia..ko nak ubah dia jadi macam alien..dh xde keje lain ke ko nak pg bengkakkan dahi ko 2..meh sini nk story latar belakang dia..
Penampilan luar biasa itu yang dihasilkan menerusi suntikan air bergaram (saline) pada dahi, kemudian menekan pada tengah kawasan yang membengkak dengan ibu jari, menjadi kegilaan terbaru dalam senario pengubasuaian tubuh.Kesan dramatik hasil rawatan selama dua jam itu berakhir antara 16 hingga 24 jam apabila air bergaram itu diserap oleh tubuh dan dahi kembali kepada saiz normal.Ia menunjukkan jarum besar yang bersambung dengan drip air bergaram dicucuk pada dahi.
Apabila masuk sepenuhnya, kesan jarum itu dapat dilihat dengan jelas di bawah permukaan kulit dan air garam itu mula memasuki dahi secara perlahan-lahan.mereka mula berkata perasaan ketika itu menjadi begitu gelisah, yakin cecair berkenaan meleleh pada permukaan mukanya dan bertanya: “Adakah sesuatu yang meleleh dari kepala saya. Saya dapat merasakannya melilih.”
Kira-kira sejam selepas itu, dahi John dan dua rakannya kelihatan begitu bengkak dan mereka kelihatan sudah serasi dengan jarum pada dahi masing-masing.
Saat ini, saya dapat merasakan relaks, seperti berdenyut-denyut dan juga seolah-olah meningkatkan tekanan secara perlahan-lahan, membuatkan saya merasakan hendak tidur,” kata John.
Selama dua jam rawatan itu, kira-kira 400 sentimer kubik air bergaram dimasukkan ke dahi mereka. Sebaik ia mencapai saiz yang diinginkan, Asami menarik keluar jarum berkenaan dan menekan ibu jarinya pada tengah bahagian yang bengkak itu.
Apabila ibu jari itu dialihkan, John kelihatan terkejut, disambut dengan tepukan daripada orang yang berada di dalam bilik berkenaan.“Oh sungguh menakjubkan. Saya kelihatan begitu menarik,” katanya.[metro]